send link to app

MyPerisai Lite


4.2 ( 832 ratings )
Referans Kitaplar
Geliştirici: El-Ilmy
ücretsiz

MyPerisai Lite adalah prebiu bagi aplikasi MyPerisai. MyPerisai adalah aplikasi yang dibangunkan untuk rujukan masyarakat bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta daripada bahaya-bahaya jenayah seperti jenayah kecurian, ragut, rompak, rogol, bunuh dan sihir yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Panduan adalah menurut rujukan utama umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dapatkanlah aplikasi ini untuk panduan keselamatan anda. Antara kandungan aplikasi ini ialah:

1. Pesanan Ustaz: Bersama Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman untuk panduan cara mendapatkan perlindungan dalam Islam. Bolehkah menggunakan tangkal, ilmu kebal dan mendapatkan khidmat bomoh? Bagaimana cara mendapatkan doa yang makbul?

2. Doa Daripada Al-Quran: Doa-doa yang dipetik daripada banyak ayat-ayat Al-Quran berkaitan perlindungan keselamatan. Boleh diamalkan bila-bila masa seperti selepas solat, sepertiga malam, ketika berpuasa dan sebagainya.

3. Doa Daripada Hadith: Doa-doa yang diambil daripada hadith-hadith shahih berkaitan perlindungan keselamatan seperti doa perlindungan kepada anak, ketika keluar rumah, ketika pagi dan petang, sebelum salam dalam solat, masuk masjid dan sebagainya.

4. Amalan Sunat: Amalan-amalan sunat yang disebutkan fadhilatnya dapat menjaga keselamatan contohnya amalan menjelang malam, bila menguap, bila marah, bila mimpi buruk, larangan dalam membuang hajat dan sebagainya.

5. Tips Keselamatan: Tips-tips umum untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta seperti tips keselamatan jalan raya, mengelak pecah rumah, mengelak kes penculikan, cara menghadapi penjenayah dan sebagainya.

Terdapat banyak lagi doa-doa dan amalan sunat yang tidak dimasukkan ke dalam aplikasi ini kerana aplikasi ini hanya fokus kepada penjagaan keselamatan.

Dapatkan versi asal MyPerisai untuk tambahan kandungan baharu dan fungsi-fungsi baharu pada masa akan datang.